Social Icons

Isnin, 22 Julai 2013

ESP Shaklee memang terbaik!

Assalamualaikum, Hari ni dah masuk hari ke 15  ummi bersahur dan berbuka dengan Essnergising Soy Protein (ESP) Powder. Alhamdulillah sepanjang hari ummi rasa sihat dan bertenaga walaupun sedang menjalani ibadah puasa dan tidak lupa juga masih menyusukan baby Haiman.

 Berpuasa dan menyusukan baby memang satu dugaan bagi ummi. Kalau sebelum ni setiapkali pam susu ummi biasa dapat 4-5 oz tapi bila berpuasa production agak menurun kerana kita kekurangan air tapi ummi tak mahu mengalah hanya kerana kita berpuasa sedangkan berpuasa tu adalah satu ibadah wajib di bulan Ramadhan.

 Bagi ibu menyusu macam ummi ni, bila minum ESP ni badan rasa cergas dan bertenaga jer.Susu badan pun jadi semakin pekat dan baby Haiman cepat kenyang. Ini kerana komposisi terbesar dalam susu ibu adalah protein. Jadi bila badan ibu cukup protein, susu yang akan di hasilkan pun lebih pekat dan berkualiti.



 ESP juga boleh mengurangkan rasa lapar, jadi sangat sesuai untuk mereka yang ada Gastrik. Sebab tu lah ia jadi hot product di bulan Ramadhan. So lepas ni bagi yang ada penyakit gastrik tu tak ada alasan lagi lah untuk tak  berpuasa yer. 

 Protein juga penting kepada mereka yang inginkan kulit cantik dan tona kulit yang sekata. Protein adalah makanan sel. Jadi sesiapa yang ada banyak parut jerawat hitam tu, kemungkinan besar adalah disebabkan kekeurangan protein untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang bewarna hitam tu. ESP ni takde apa-apa perisa dan rasa macam air soya jer. Bukan sebab Shaklee berkira tapi sebab nak mengekalkan keaslian soya.

NON-GMO (NON-GENETICALLY MODIFIED ORGANISM






Yang paling penting istimewanya ESP Shaklee ialah, soya yang digunakan oleh Shaklee tidak diubah suai secara genetic. Apa benda pulak diubah suai ni? jangan pening-pening teruskan pemabacaan ok,hehe.  Ia dipanggil NON-GMO (Non_Genetically Modified Organisme.

Daripada benih sehingga penyimpanannya, Shaklee hanya menggunakan ramuam-ramuan yang semulajadi dan erkualiti.  Mesti ada yang tanya, apa bagusnya kalau soya Shaklee ni Non-Gmo?

Ada juga yang salah anggap kalau minum atau makan soya ni ada kaitan dengan kanser lah,obesiti lah, produk Israel  lah dan macam-macam lagi keburukan soya.

Sebenarnya bukan sebab soya pun.  kita tengok orang Jawa makan soya tak ada masalah pun.  Tempe yang menjadi kebanggan mereka pun diperbuat daripada soya dan sehingga hari ni mereka makan dan tak jadi masalah apa pun. makin bijak lagi adaah.hehe.

KEBURUKAN SOYA GMO



Sebenarnya produk soya (GMO) ialah produk yang telah diubahsuai genetiknya sehingga serangga pun tak lalu nak makan.  Jadi production pun bertambah lancar dan pengeluar dapat untung besar.  Sebab tu lah mereka boleh jual degan harga yang sangat murah.

Pengubahsuaian inilah yang menyebabkan allergy,tokxin dan potensi kanser.
malangnya yang menjadi mangsa adalah manusia yang tak tahu dan terus menerus makan produk-produk GMO ni.

Sekarang ni memang banyak produk GMO di pasaran terutamanya soya dan jagung.  Jadi lepas ni kalau nak beli produk dari soya kita pastikan dulu ia berlabel Non-GMO yer.  Jangan hentam keromo je peri beli sebab ia murah,sedap,ok atau sebab nak dapat barang free kan.  Hargailah kesihatan badan kita.


ESP IS THE BEST SOY PROTEIN IN THE WORLD

Syukur Alhamdulillah kerana dapat menikmati protein dari sumber soya yang berkualiti tinggi.  Harga yang semua orang mampu milik dan ia sesuai untuk Lelaki dan Wanita.

Cubalah segelas ESP hari ini dan anda pasti sukakan rasanya yang sedap tu.  ummi selalu campurkan dengan susu,nestum dan kurma seperti mna yang di sarankan oleh Maria, mentor ummi dalam Shaklee ni.  Memang sedap sangat!. dan tak lupa juga pada abang Haiman,abang Haris.  Dia kata sedapnye mama!.seronok jer ummi dia ni dengar.

Buatlah pilihan yang bijak dengan memilih protein dari sumber soya Non-GMO. Ingat yer, soya dari sumber GMO memberi risiko penyakit berkaitan kanser dan allergic. so lepas ni sila check balik label pada tin soy protein masing-masing yer,GMO or Non-GMO :)

Sumber: MariaFirdaus.com

Thanks for reading

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Ummi untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPURTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Ummi
Shaklee ID :929471
ummiharris@yahoo.com
0195559318 (Call,SMS)












Selasa, 25 Jun 2013

Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum, dh lama benar ummi tak bercerita di sini. Hampir setahun lamanya ummi tidak bercerita di sini dan dalam tempoh itu juga ummi dikurniakan dengan seorang lagi anak lelaki. Alhamdulillah bertambah lagi bilangan ahli keluarga ummi. Kali ni ummi bertekad untuk menyusukan anak dengan susu ibu sahaja dan Alhamdulillah hasrat ini tercapai juga akhirnya.sekarang Haiman dah 4 bulan dan masih fully breasfeed. Semoga perjalanan Haiman dipermudahkan dalam usaha melaksanakan hasrat penyusuan selama 2 tahun. Hari ni Ummi nak berkongsi dengan anda tentang vitamin Shaklee especially set penyusuan. sebelum ni ummi pernah review beberapa blog yang menerangkan fungsi setiap vitamin yang ada dalam set ni tapi belum ada keyakinan nak mencuba. ummi ni bukannya yang jenis rajin makan ubat sangat.Bila tengok ramai ibu-ibu yang menyusukan mengamalkannya rasa teribngin pulak nak mencubanya sehingglah saya terjumpa blog Maria Firdaus. banyak info berguna yang ummi dapat dari blog beliau
Hasil perahan menggunakan pammanual Avent. Syukur Alhamdulillah Menurut Pakar Sakit Puan Dr Hamid Arshat, setiap wanita, terutama sejak hamil, perlu makan vitamin untuk kesihatan badan yang menyeluruh. Dan sepatutnya pengambilan vitamin ini diteruskan sehingga akhir hayat. Vitamin Shaklee yang dicadangkan untuk para ibu bermula dari saat kehamilan hingga semasa menyusu bayi ialah:- 1) Vita-Lea® Iron Formula (Multivitamin) 2) Sustained Release Vita-C 3) B-Complex 4) Energizing Soy Protein Isolate Powder (ESP) 5) Ostematrix (Calcium & Magnesium) 6) OmegaGuard (EPA & DHA) 7) Zinc Complex (Selepas bersalin) 8) Alfafa Complex (Selepas bersalin dan semasa menyusu - as MILK BOOSTER) Set lengkap untuk ibu bermula dari saat kehamilan, selepas bersalin dan semasa menyusu bayi Sumber : MamaCergas.com Sekadar perkongsian dari ummi..


Selasa, 29 November 2011

Jom buat kuih bahulu tradisional.

Salam ukhuwah.masih belum terlambat lagilagi ummi nak ucapkan salam maal hijrah kepada semua pengunjung blog ummi ni.nampaknya ssetiap orang dari kalangan kita ni mempunyai azam baru kan untuk tahun baru ni.sama-samalah kita berusaha untuk merealisasikannya.
cuti sekolah ni daripada tak buat apa-apa apakata kita try buat kuih bahulu. Alah kuih yang tak pernah lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan tu. budak kecik pun tau kuih ni.hehe
ummi sebenarnya dah lama nak cuba buat kuih ni tapi belum berkesempatan tapi hari ni Alhamdulillah tercapai jugak hajat ummi.
Sebelum ni ummi dah cuba google resepi ni kat internet, ada macam-macam versi dan cara membuatnya.  Harus diingatkan kuih bahulu ni nampak macam senang tetapi mencabar jugak nak membuatnyer.  Orang dulu-dulu bakar guna api arang,sampai berpeluh-peluh nak tiup api nak pastikan kepanasan suhunya bagi memastikan bahulu ni masak sempurna.  apatah lagi bila dapat makan panas-panas memang terasa nikmatnya.  Bahan-bahan asas untuk membuat kuih bahulu ni tak la sesukar mana. Kalau anda semua rajin ke dapur tak ada masalah nak daapatkan bahan-bahannya memang wajib ada kan semua tu. Antara bahan yang digunakan untuk membuat kuih bahulu ni tak banyak sebenarnya iaitu telur,gula dan tepung gandum jer. Senang kan.Perlu  diingatkan di sini bagi memastikan hasil yang cantik dan sempurna, sukatan telur, gula dan tepung mestilah sama kalau tak bahulu tak menjadi dengan eloknya.  Ummi pernah buat ikut sukatan yang sumbernya dari internet juga tetapi hasilnya mengecewakan.Mungkin adunan telur tidak sekata dengan tepung. Setengah orang menggunakan sukatan metrik dan ada juga masih mengekalkan cara orang lama iaitu menggunakan mangkuk ataupun istilah berat timbangan kati. Kali ni ummi nak kongsikan resepi kuih bahulu tradisional ni buat para pembaca semua.lepas ni boleh lah kita pakat-pakat buat kuih ni yer.Lembut dan gebu sekali kuih ni.Jom semak resepi




Bahulu Tradisional
Sumber: Mak Mertuaku

Bahan-Bahannya:


  • 10 biji telur    -buang tali pusat telur untuk elak hanyir
  • Sekati tepung -kalau guna penimbang 600 gram
  • Sekati gula     -sama macam tepung juga 600 gram



Cara-Cara Membuatnya.

  • Mula-mula sekali kita kena jemur dulu tepung kalau nak dapatkan tekstur bahulu yang ringan dan gebu. nak jimat masa kita masukkan jer tepung tu dalam oven dan bakar dalam 10 minit sehingga tepung kekuningan.Ketepikan
  • Kaedah lain macam orang tua-tua dulu mereka goreng tepung hingga naTpak agak-agak ringan tu pun ok juga.Terpulang pada anda semua ya.
  • Gula juga perlu di jemur  tapi kalau nak lagi cepat masukkan je dalam  oven dan panaskan selama 10 minit. Sama macam tepung tadi.Ketepikan
  • Dalam bekas yang besar pukul telur sehingga berbuih kemudian baru masukkan gula.Tujuannya agar telur mudah  kembang bila gula dimasukkan kemudian.Teruskan memukul sehingga adunan telur tadi bertukar warna menjadi putih.Kalau rajin boleh guna pemukul telur besar yang dibuat dari besi tu. Nak senang dan cepatkan kerja kita guna je mixer yang ada di rumah kita. Proses memukul telur ni memakan masa selama lebih kurang 20 minit.
  • Sambil kita pukul telur tu boleh la kita panaskan oven atau pun dapur gas. Suhu yang sesuai untuk membakar kuih bahulu ni adalah lebih kurang 180.cc sehingga 200.cc.Jangan terkejut yer sebab suhu sebegini adalah sama kalau kita guna dapur arang pun.ini kerana bahulu mengndungi kandungan gula yang banyak dan ia memerlukan suhu yang tinggi bagi memastikan kuih ini masak sekata. 
  • Masukkan tepung yang dijemur tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur.kacau sehingga sebati.
  • Masukkan minyak ke dalam acuan kuih bahulu dan masukkan ke dalam oven selama 10 minit. Kemudian buangkan minyak tadi dan acuan tadi sedia untuk digunakan.
  • Kaedah lain kita boleh panaskan juga acuan tadi di atas dapur gas,bila dah cukup panas boleh la diangkat dan tuangkan minyak tadi ke dalam bekas lain. Acuan sedia untuk digunakan
  • Ambil sesudu adunan dan masukkan ke dalam acuan.Pastikan adunan tidak terlalu penuh
  • Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 10 minit.Bila dah nampak permukaan kuih tadi agak kekuningan maka bolehlah dikeluarkan.


             Selamat Mencuba










Rabu, 23 November 2011

Musim Hujan

Selamat pagi semua. dah dua hari hujan turun dengan lebatnya. Harapnya tahun ni tidak la banjir macam tahun-tahun lepas.penat sebenarnya nak membersihkan rumah. rumah kampung dua lapis,jenuh jugak la nak membasuh. sebulan pun belum habis lagi. jadi umi nak pesan pada anak-anak di luar sana berhati-hati main air dalam musim hujan macam ni. pengawasan dari ibu bapa amat penting dalam memastikan keselamatan anak-anak.bak kata pepatah,malang tak berbau.jadi kita ambil langkah berjaga-jaga kan.ok lah, salam sayang dari ummiharis..