Salam pagi sabtu semua kepada semua pembaca blog ummi. Syukur Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk terus menyusukan adik Haiman sehingga sekarang dan esok adik Haiman akan mencapai umur 7 bulan! Sungguh tak sangka ummi dapat menyusukan adik Haiman secara ekslusif sehingga 6 bulan. Syukur Ya Allah kerana ummi berjaya menempuh pelbagai dugaan dalam usaha untuk memberi susu ibu kepada adik Haiman sehingga 2 tahun.
InsyaAllah hari ni ummi nak berkongsi tentang kebaikan Alfalfa dari Shaklee. ia adalah salah satu vitamin dari set penyusuan yang ummi ambil sekarang. Apa benda Alfalfa ni?
Sejujurnya ummi mula mengenali vitamin Shaklee ni adalah melalui supplement yang bernama Alfalfa ketika adik Haiman berumur 2 bulan. Masa tu ummi baru habis berpantang dan stok susu yang ada tidak lah meriah macam ibu-ibu yang lain. Cukup untuk bekalan adik Haiman ketika ummi ke sekolah. Mujur juga ummi mengajar sesi petang dan dapatlah bersama adik Haiman pada sebelah pagi.
Bila dah nak masuk kerja balik mula lah fikir yang bukan-bukan.Susu cukup ke?Banyak ke baby nak minum? Ummi pun mulalah google dekat internet cari supplement untuk memperbanyakkan susu. Niat ummi hanya satu nak berikan yang terbaik untuk adik Haiman. Tak nak lagi kesilapan yang sama berulang seperti mana yang tejadi kepada abang Haris. Kesian kat abang Haris.Huhu
Banyak pula ummi membebel yer. Ok jom kita tengok faedah yang ada pada alfalfa ni
Alfalfa sebenarnya merupakan tumbuhan herba. Rupanya seakan-akan tauge dan bewarna hijau. Tumbuhan ini jarang diperkatakan mungkin juga ia bukan berasal dari negara kita.
Khasiat Alfalfa juga
boleh digunakan untuk simptom seperti berikut:
Bengkak, sakit sendi, arthritis, ulser, penyakit perut,
masalah kolon, sakit ulu hati, hernia, sembab air, tiada selera makan, bengkak
buku lali dan kaki, sinus, alahan, hayfever, gout, bau badan, kaki busuk, nafas
berbau, serta tujuan detoksifikasi.
Alfalfa adalah bersifat semulajadi, antihistamin, diuretik, membantu
penghadaman , kaya dengan serat dan klorofil, kaya dengan mineral, serta baik
untuk pesakit kencing manis, merendahkan kolestrol, dan anti-tumor dan
anti-bakteria. Ia juga dikenali sebagai milk booster dan ia telah terbukti apabila ummi sendiri merasai kesannya hanya selepas satu kali pengambilan. Susu bertambah banyak dan cukup untuk bekalan adik Haiman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan