cuti sekolah ni daripada tak buat apa-apa apakata kita try buat kuih bahulu. Alah kuih yang tak pernah lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan tu. budak kecik pun tau kuih ni.hehe
ummi sebenarnya dah lama nak cuba buat kuih ni tapi belum berkesempatan tapi hari ni Alhamdulillah tercapai jugak hajat ummi.
Sebelum ni ummi dah cuba google resepi ni kat internet, ada macam-macam versi dan cara membuatnya. Harus diingatkan kuih bahulu ni nampak macam senang tetapi mencabar jugak nak membuatnyer. Orang dulu-dulu bakar guna api arang,sampai berpeluh-peluh nak tiup api nak pastikan kepanasan suhunya bagi memastikan bahulu ni masak sempurna. apatah lagi bila dapat makan panas-panas memang terasa nikmatnya. Bahan-bahan asas untuk membuat kuih bahulu ni tak la sesukar mana. Kalau anda semua rajin ke dapur tak ada masalah nak daapatkan bahan-bahannya memang wajib ada kan semua tu. Antara bahan yang digunakan untuk membuat kuih bahulu ni tak banyak sebenarnya iaitu telur,gula dan tepung gandum jer. Senang kan.Perlu diingatkan di sini bagi memastikan hasil yang cantik dan sempurna, sukatan telur, gula dan tepung mestilah sama kalau tak bahulu tak menjadi dengan eloknya. Ummi pernah buat ikut sukatan yang sumbernya dari internet juga tetapi hasilnya mengecewakan.Mungkin adunan telur tidak sekata dengan tepung. Setengah orang menggunakan sukatan metrik dan ada juga masih mengekalkan cara orang lama iaitu menggunakan mangkuk ataupun istilah berat timbangan kati. Kali ni ummi nak kongsikan resepi kuih bahulu tradisional ni buat para pembaca semua.lepas ni boleh lah kita pakat-pakat buat kuih ni yer.Lembut dan gebu sekali kuih ni.Jom semak resepi
Bahulu Tradisional
Sumber: Mak Mertuaku
Bahan-Bahannya:
- 10 biji telur -buang tali pusat telur untuk elak hanyir
- Sekati tepung -kalau guna penimbang 600 gram
- Sekati gula -sama macam tepung juga 600 gram
Cara-Cara Membuatnya.
- Mula-mula sekali kita kena jemur dulu tepung kalau nak dapatkan tekstur bahulu yang ringan dan gebu. nak jimat masa kita masukkan jer tepung tu dalam oven dan bakar dalam 10 minit sehingga tepung kekuningan.Ketepikan
- Kaedah lain macam orang tua-tua dulu mereka goreng tepung hingga naTpak agak-agak ringan tu pun ok juga.Terpulang pada anda semua ya.
- Gula juga perlu di jemur tapi kalau nak lagi cepat masukkan je dalam oven dan panaskan selama 10 minit. Sama macam tepung tadi.Ketepikan
- Dalam bekas yang besar pukul telur sehingga berbuih kemudian baru masukkan gula.Tujuannya agar telur mudah kembang bila gula dimasukkan kemudian.Teruskan memukul sehingga adunan telur tadi bertukar warna menjadi putih.Kalau rajin boleh guna pemukul telur besar yang dibuat dari besi tu. Nak senang dan cepatkan kerja kita guna je mixer yang ada di rumah kita. Proses memukul telur ni memakan masa selama lebih kurang 20 minit.
- Sambil kita pukul telur tu boleh la kita panaskan oven atau pun dapur gas. Suhu yang sesuai untuk membakar kuih bahulu ni adalah lebih kurang 180.cc sehingga 200.cc.Jangan terkejut yer sebab suhu sebegini adalah sama kalau kita guna dapur arang pun.ini kerana bahulu mengndungi kandungan gula yang banyak dan ia memerlukan suhu yang tinggi bagi memastikan kuih ini masak sekata.
- Masukkan tepung yang dijemur tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur.kacau sehingga sebati.
- Masukkan minyak ke dalam acuan kuih bahulu dan masukkan ke dalam oven selama 10 minit. Kemudian buangkan minyak tadi dan acuan tadi sedia untuk digunakan.
- Kaedah lain kita boleh panaskan juga acuan tadi di atas dapur gas,bila dah cukup panas boleh la diangkat dan tuangkan minyak tadi ke dalam bekas lain. Acuan sedia untuk digunakan
- Ambil sesudu adunan dan masukkan ke dalam acuan.Pastikan adunan tidak terlalu penuh
- Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 10 minit.Bila dah nampak permukaan kuih tadi agak kekuningan maka bolehlah dikeluarkan.
Selamat Mencuba
resepi bahulu yang paling senag dibuat
BalasPadamsyukran jazil
BalasPadamNama kita sama la hehehe
PadamGula mana boleh masuk oven panas selama 10minit..caramelized nanti.
BalasPadamGula mana boleh masuk oven panas selama 10minit..caramelized nanti.
BalasPadamPamela gan what she meant is oven tu you of it dan masukkan gula sekejap utk panaskan so gula kering... org dulu2 jemur gula...tapi udara kita sekrg kotor...inilah cara nenek saya juga...saya mohon share yer ummi harris tq.
BalasPadamPamela gan what she meant is oven tu you of it dan masukkan gula sekejap utk panaskan so gula kering... org dulu2 jemur gula...tapi udara kita sekrg kotor...inilah cara nenek saya juga...saya mohon share yer ummi harris tq.
BalasPadamSilakan puan😃
PadamT.kasih sbb kongsi resepi..
BalasPadamsama sama😃
PadamGuna putih telur ke kuning telur? Confuse
BalasPadamdua dua guna
Padam