Social Icons

Jumaat, 27 September 2013

Jom Cantik dengan Vitamin E Complex

Assalamualaikum..

Anda semua nak cantik tak? Suspen jer bunyinya kan ayat ni.  Memanglah kan terutamanya wanita mestilah nak kelihatan cantik terutamanya yang sudah bersuami.  Betul tak?  Sekarang ada  macam-macam produk di pasaran dan ummi pun begitu juga.tak ketinggalan nak cuba sesuatu produk untuk kelihatan cantik.

Ok kali ni ummi nak kongsi mengenai kelebihan vitamin E yang terdapat dalam rangkaian produk Shaklee

Bezakah setiap Vitamin E? Kat luar ada banyak jer vitamin E yang lebih murah tapiii awas dengan produk tiruan dan kita pun tak pasti tentang kandungan yang ada di dalamnya.  Jadi kita sebagai pengguna berhak tahu dan membuat pilihan yang terbaik.

Shaklee mempunyai vitamin E yang mengandungi keperluan lengkap oleh tubuh iaitu 400iu dan beserta selenium.




Pada dasarnya vitamin E ialah untuk…

Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan “premenstrual syndrome” dan penyakit fibrocystic buah dada. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.

Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan “retrolental fibroplasia”, sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.
Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.

Ringkasnya :

1. Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan. Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat.Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.

2. Vitamin e mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser. Pengalaman ibu sendiri bila mengalami bengkak susu yang ketara, ibu akan mengambil dua biji vitamin E namun ianya bukanlah diamalkan secara berterusan cuma pada saat melalui saat bengkak susu atau clog duct.

Seorang teman sebelum ini mengalami masalah dimana tempat kemaluannya didapati mempunyai benjolan seperti bengkak ketumbuhan, beliau mengamalkan dua biji vitamin E selama 7 hari dan alhamdulillah ketumbuhan itu mengecut dengan sendirinya. Ini kerana Vitamin e membantu mengecutkan pertumbuhan abnormal sel dan melancarkan saraf terutama bagi ibu yang menyusu dan dapat mengelakkan bengkak susu yang berlarutan.
3. Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar. Membantu mengatasi masalah sarah belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.

4. Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka. Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian nipple. Rata2 ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan yang konsisten sangat membantu si ibu recover dari kesakitan yang dilalui.

5. Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan erola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Ibu membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan pigmentation after kelahiran. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.

6. Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.

Kredit to Mommamia atas info berkenaan vitamin E ni .Thanks Momma!

Ingin cuba Vitamin-E? Kami tawarkan  harga Trial Pack untuk percubaan selama 30 hari …
Beli apa jua budget Pack, dan dapatkan pada harga tambahan istimewa

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPURTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Ummi
Shaklee ID :929471
ummiharris@yahoo.com
0195559318 (Call,SMS)





Jumaat, 6 September 2013

Alfalfa as Milk Booster

Assalamualaikum,

Salam pagi sabtu semua kepada semua pembaca blog ummi.  Syukur Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan  untuk terus menyusukan adik Haiman sehingga sekarang dan esok adik Haiman akan mencapai umur 7 bulan!  Sungguh tak sangka ummi dapat menyusukan adik Haiman secara ekslusif sehingga 6 bulan.  Syukur Ya Allah kerana ummi berjaya menempuh pelbagai dugaan dalam usaha untuk memberi susu ibu kepada adik Haiman sehingga 2 tahun.

InsyaAllah hari ni ummi nak berkongsi tentang kebaikan Alfalfa dari Shaklee.  ia adalah salah satu vitamin dari set penyusuan yang ummi ambil sekarang.  Apa benda Alfalfa ni?

Sejujurnya ummi mula mengenali vitamin Shaklee ni adalah melalui supplement yang bernama Alfalfa ketika adik Haiman berumur 2 bulan.  Masa tu ummi baru habis berpantang dan stok susu yang ada tidak lah meriah macam ibu-ibu yang lain.  Cukup untuk bekalan adik Haiman ketika ummi ke sekolah.  Mujur juga ummi mengajar sesi petang dan dapatlah bersama adik Haiman pada sebelah pagi.

Bila dah nak masuk kerja balik mula lah fikir yang bukan-bukan.Susu cukup ke?Banyak ke baby nak minum?  Ummi pun mulalah google dekat internet cari  supplement untuk memperbanyakkan susu.  Niat ummi hanya satu nak berikan yang terbaik untuk adik Haiman.  Tak nak lagi kesilapan yang sama berulang seperti mana yang tejadi kepada abang Haris.  Kesian kat abang Haris.Huhu

 Banyak pula ummi membebel yer.  Ok jom kita tengok faedah yang ada pada alfalfa ni
Alfalfa sebenarnya merupakan tumbuhan herba.  Rupanya seakan-akan tauge dan bewarna hijau.  Tumbuhan ini jarang diperkatakan mungkin juga ia bukan berasal dari negara kita.

Khasiat Alfalfa  juga boleh digunakan  untuk simptom seperti  berikut:
Bengkak, sakit sendi, arthritis, ulser, penyakit perut, masalah kolon, sakit ulu hati, hernia, sembab air, tiada selera makan, bengkak buku lali dan kaki, sinus, alahan, hayfever, gout, bau badan, kaki busuk, nafas berbau, serta tujuan detoksifikasi.

Alfalfa adalah bersifat  semulajadi, antihistamin, diuretik, membantu penghadaman , kaya dengan serat dan klorofil, kaya dengan mineral, serta baik untuk pesakit kencing manis, merendahkan kolestrol, dan anti-tumor dan anti-bakteria.  Ia juga dikenali sebagai milk booster dan ia telah terbukti apabila ummi sendiri merasai kesannya hanya selepas satu kali pengambilan.  Susu bertambah banyak dan cukup untuk bekalan adik Haiman.