Social Icons

Selasa, 29 November 2011

Jom buat kuih bahulu tradisional.

Salam ukhuwah.masih belum terlambat lagilagi ummi nak ucapkan salam maal hijrah kepada semua pengunjung blog ummi ni.nampaknya ssetiap orang dari kalangan kita ni mempunyai azam baru kan untuk tahun baru ni.sama-samalah kita berusaha untuk merealisasikannya.
cuti sekolah ni daripada tak buat apa-apa apakata kita try buat kuih bahulu. Alah kuih yang tak pernah lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan tu. budak kecik pun tau kuih ni.hehe
ummi sebenarnya dah lama nak cuba buat kuih ni tapi belum berkesempatan tapi hari ni Alhamdulillah tercapai jugak hajat ummi.
Sebelum ni ummi dah cuba google resepi ni kat internet, ada macam-macam versi dan cara membuatnya.  Harus diingatkan kuih bahulu ni nampak macam senang tetapi mencabar jugak nak membuatnyer.  Orang dulu-dulu bakar guna api arang,sampai berpeluh-peluh nak tiup api nak pastikan kepanasan suhunya bagi memastikan bahulu ni masak sempurna.  apatah lagi bila dapat makan panas-panas memang terasa nikmatnya.  Bahan-bahan asas untuk membuat kuih bahulu ni tak la sesukar mana. Kalau anda semua rajin ke dapur tak ada masalah nak daapatkan bahan-bahannya memang wajib ada kan semua tu. Antara bahan yang digunakan untuk membuat kuih bahulu ni tak banyak sebenarnya iaitu telur,gula dan tepung gandum jer. Senang kan.Perlu  diingatkan di sini bagi memastikan hasil yang cantik dan sempurna, sukatan telur, gula dan tepung mestilah sama kalau tak bahulu tak menjadi dengan eloknya.  Ummi pernah buat ikut sukatan yang sumbernya dari internet juga tetapi hasilnya mengecewakan.Mungkin adunan telur tidak sekata dengan tepung. Setengah orang menggunakan sukatan metrik dan ada juga masih mengekalkan cara orang lama iaitu menggunakan mangkuk ataupun istilah berat timbangan kati. Kali ni ummi nak kongsikan resepi kuih bahulu tradisional ni buat para pembaca semua.lepas ni boleh lah kita pakat-pakat buat kuih ni yer.Lembut dan gebu sekali kuih ni.Jom semak resepi




Bahulu Tradisional
Sumber: Mak Mertuaku

Bahan-Bahannya:


  • 10 biji telur    -buang tali pusat telur untuk elak hanyir
  • Sekati tepung -kalau guna penimbang 600 gram
  • Sekati gula     -sama macam tepung juga 600 gram



Cara-Cara Membuatnya.

  • Mula-mula sekali kita kena jemur dulu tepung kalau nak dapatkan tekstur bahulu yang ringan dan gebu. nak jimat masa kita masukkan jer tepung tu dalam oven dan bakar dalam 10 minit sehingga tepung kekuningan.Ketepikan
  • Kaedah lain macam orang tua-tua dulu mereka goreng tepung hingga naTpak agak-agak ringan tu pun ok juga.Terpulang pada anda semua ya.
  • Gula juga perlu di jemur  tapi kalau nak lagi cepat masukkan je dalam  oven dan panaskan selama 10 minit. Sama macam tepung tadi.Ketepikan
  • Dalam bekas yang besar pukul telur sehingga berbuih kemudian baru masukkan gula.Tujuannya agar telur mudah  kembang bila gula dimasukkan kemudian.Teruskan memukul sehingga adunan telur tadi bertukar warna menjadi putih.Kalau rajin boleh guna pemukul telur besar yang dibuat dari besi tu. Nak senang dan cepatkan kerja kita guna je mixer yang ada di rumah kita. Proses memukul telur ni memakan masa selama lebih kurang 20 minit.
  • Sambil kita pukul telur tu boleh la kita panaskan oven atau pun dapur gas. Suhu yang sesuai untuk membakar kuih bahulu ni adalah lebih kurang 180.cc sehingga 200.cc.Jangan terkejut yer sebab suhu sebegini adalah sama kalau kita guna dapur arang pun.ini kerana bahulu mengndungi kandungan gula yang banyak dan ia memerlukan suhu yang tinggi bagi memastikan kuih ini masak sekata. 
  • Masukkan tepung yang dijemur tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur.kacau sehingga sebati.
  • Masukkan minyak ke dalam acuan kuih bahulu dan masukkan ke dalam oven selama 10 minit. Kemudian buangkan minyak tadi dan acuan tadi sedia untuk digunakan.
  • Kaedah lain kita boleh panaskan juga acuan tadi di atas dapur gas,bila dah cukup panas boleh la diangkat dan tuangkan minyak tadi ke dalam bekas lain. Acuan sedia untuk digunakan
  • Ambil sesudu adunan dan masukkan ke dalam acuan.Pastikan adunan tidak terlalu penuh
  • Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 10 minit.Bila dah nampak permukaan kuih tadi agak kekuningan maka bolehlah dikeluarkan.


             Selamat Mencuba










Rabu, 23 November 2011

Musim Hujan

Selamat pagi semua. dah dua hari hujan turun dengan lebatnya. Harapnya tahun ni tidak la banjir macam tahun-tahun lepas.penat sebenarnya nak membersihkan rumah. rumah kampung dua lapis,jenuh jugak la nak membasuh. sebulan pun belum habis lagi. jadi umi nak pesan pada anak-anak di luar sana berhati-hati main air dalam musim hujan macam ni. pengawasan dari ibu bapa amat penting dalam memastikan keselamatan anak-anak.bak kata pepatah,malang tak berbau.jadi kita ambil langkah berjaga-jaga kan.ok lah, salam sayang dari ummiharis..